Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-12

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

قُلْ لِّلَّذِيْنَ كَفَرُوْا سَتُغْلَبُوْنَ وَتُحْشَرُوْنَ اِلٰى جَهَنَّمَ ۗ وَبِئْسَ الْمِهَادُ12

Katakanlah wahai Muhammad kepada orang kafir, “Kamu semua pasti akan dikalahkan di dunia dan akan dihimpunkan di akhirat dalam Neraka Jahannam. la adalah seburuk-buruk tempat tinggal.”

Tafsir Terjemahan

Daripada lbn Abbas A.A berkata: Apabila Rasulullah SAW berjaya mengalahkan kuffar Quraisy dalam Peperangan Badar, Baginda pulang ke Madinah dan mengumpulkan kaum Yahudi di Pasar Bani Qaynuqa'. Baginda menyeru: “Wahai kaum Yahudi, masuklah agama Islam sebelum ditimpa musibah seperti kaum Quraisy”. Mereka menjawab: “Wahai Muhammad, janganlah kamu terpedaya bahawa kamu telah be~aya membunuh sebilangan besar kaum Quraisy, mereka tidak berpengalaman dalam peperangan. Jika kamu memerangi kami, kamu akan dapati kami ahli peperangan yang mahir, kamu tidak pemah bertembung dengan kumpulan seumpama kami.” Maka Allah SWT menurunkan ayat-ayat ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)