اِنْ تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْۖ وَاِنْ تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَّفْرَحُوْا بِهَا ۗ وَاِنْ تَصْبِرُوْا وَتَتَّقُوْا لَا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْـًٔا ۗ اِنَّ اللّٰهَ بِمَا يَعْمَلُوْنَ مُحِيْطٌ ࣖ120
Sekiranya kamu beroleh kebaikan, nescaya mereka akan berasa sedih dan sakit hati. Adapun jika kamu ditimpa sebarang bencana berupa kekalahan atau kemusnahan harta benda, mereka berasa gembira dengannya. Namun, jika kamu teruskan bersabar atas ketentuan Allah dan bertakwa kepada-Nya, nescaya tipu daya orang kafir itu tidak akan membahayakan kamu walau sedikitpun. Ketahuilah sesungguhnya pengetahuan Allah itu meliputi segala apa yang mereka lakukan.