Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-128

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

لَيْسَ لَكَ مِنَ الْاَمْرِ شَيْءٌ اَوْ يَتُوْبَ عَلَيْهِمْ اَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَاِنَّهُمْ ظٰلِمُوْنَ 128

Engkau tidak berhak sedikit pun wahai Muhammad terhadap urusan orang kafir. HanyaAllahyang menentukan sama ada menerima taubat mereka atau mengazabkan mereka, kerana mereka itulah orang yang zalim.

Tafsir Terjemahan

Daripada Anas R.A menyatakan sesungguhnya gigi depan Rasulullah SAW patah semasa peperangan Uhud dan kepalanya Iuka. Baginda SAW mengelap darah di muka lalu berkata: “Bagaimana golongan yang melukakan Nabi mereka dan memecahkan giginya akan be~aya, sedangkan Nabi itu menyeru mereka kepada Allah?” Maka Allah SWT menurunkan ayat ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)