Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-134

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ فِى السَّرَّۤاءِ وَالضَّرَّۤاءِ وَالْكَاظِمِيْنَ الْغَيْظَ وَالْعَافِيْنَ عَنِ النَّاسِۗ وَاللّٰهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَۚ 134

Merekalah orang yang menginfakkan hartanya baik pada waktu senang mahu pun susah, dan mereka juga ialah orang yang sentiasa menahan kemarahannya, dan selalu memaafkan kesalahan orang lain. Dan ingatlah Allah mengasihi golongan yang berbuat baik.

Tafsir Terjemahan

Af-Kazm adalah tempat keluar nafas, كظم فلان membawa maksud seseorang itu menahan nafasnya. al-Ghaiz pula membawa maksud kemarahan yang amat. Dalam ayat 134, ia membawa maksud seseorang itu menahan kemarahannya yang sedang meluap dalam dirinya sehingga ke tahap kemarahan itu tidak terzahir pada wajahnya. (lbn Asyur, al -Raghib al-Asfahani)
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)