Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-140

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اِنْ يَّمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِّثْلُهٗ ۗوَتِلْكَ الْاَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِۚ وَلِيَعْلَمَ اللّٰهُ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاۤءَ ۗوَاللّٰهُ لَا يُحِبُّ الظّٰلِمِيْنَۙ140

Jika kamu ditimpa keperitan, maka mereka juga ditimpa keperitan yang sama. Maka begitulah Kami mengilirkan hari kesenangan dan keperitan bagi menguji antara manusia, agar terzahir ilmu Allah mengenai orang yang benarbenar beriman dan mengambil sebahagian daripada kamu sebagai syahid. Dan ingatlah Allah tidak suka kepada orang yang zalim.

Tafsir Terjemahan

al-Qarh bermaksud kesan Iuka yang zahir pada jasad seseorang. Dalam ayat 140, al-Qarh yang pertama membawa maksud kekalahan yang menimpa kaum Muslimin dalam peperangan Uhud. al-Qarh yang kedua pula merujuk kepada kekalahan yang menimpa kaum musyrikin Quraisy di dalam peperangan Badar. (al-Raghib al-Asfahani)
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)