Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-146

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَكَاَيِّنْ مِّنْ نَّبِيٍّ قَاتَلَۙ مَعَهٗ رِبِّيُّوْنَ كَثِيْرٌۚ فَمَا وَهَنُوْا لِمَآ اَصَابَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ وَمَا ضَعُفُوْا وَمَا اسْتَكَانُوْا ۗ وَاللّٰهُ يُحِبُّ الصّٰبِرِيْنَ 146

Alangkah ramainya nabi yang telah berperang bersama sebilangan besar daripada pengikut yang taat. Namun, mereka sedikit pun tidak berasa takut untuk berjuang walaupun ditimpa musibah pada jalan Allah, mereka sedikit pun tidak menjadi lemah dan mereka sedikit pun tidak tunduk kepada musuh. Dan Allah sentiasa mengasihi orang yang sabar

Tafsir Terjemahan

Al-Wahn bermaksud kelemahan dari segi fizikal ataupun sikap. Dalam ayat 146, ia membawa maksud semangat umat terdahulu yang beriman tidak luntur atau putus asa walaupun ditimpa kesakitan dan kematian.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)