۞ قُلْ اَؤُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرٍ مِّنْ ذٰلِكُمْ ۗ لِلَّذِيْنَ اتَّقَوْا عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنّٰتٌ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهٰرُ خٰلِدِيْنَ فِيْهَا وَاَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَّرِضْوَانٌ مِّنَ اللّٰهِ ۗ وَاللّٰهُ بَصِيْرٌۢ بِالْعِبَادِۚ15
Katakanlah wahai Muhammad, “Adakah kamu mahu aku khabarkan perkara yang lebih baik daripada kesemuanya itu? Disediakan bagi orang yang bertakwa itu di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai dan mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga bagi mereka pasangan yang suci daripada segala keburukan dan mereka pula beroleh keredhaan daripada Allah.” lngatlah, Allah sentiasa melihat hambahamba-Nya untuk diberikan ganjaran.