Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-151

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

سَنُلْقِيْ فِيْ قُلُوْبِ الَّذِيْنَ كَفَرُوا الرُّعْبَ بِمَٓا اَشْرَكُوْا بِاللّٰهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهٖ سُلْطٰنًا ۚ وَمَأْوٰىهُمُ النَّارُ ۗ وَبِئْسَ مَثْوَى الظّٰلِمِيْنَ 151

Kami akan campakkan perasaan takut dalam hati orang kafir kerana mereka telah mempersekutukan Allah dengan tuhan-tuhan lain yang Allah tidak pernah turunkan sebarang keterangan mengenainya. Dan tempat tinggal orang kafir ialah di neraka dan itulah seburukburuk tempat tinggal bagi golongan yang zalim.

Tafsir Terjemahan

AI-Ru'b bererti ketakutan yang teramat memenuhi hati. Dalam ayat 151, ia merujuk kepada ketakutan yang menyelubungi diri tentera musyrikin selepas peperangan Uhud, ketika mereka berniat kembali ke Madinah untuk menghancurkan seluruh umat Islam. Namun ketakutan itu telah menghalang niat mereka lalu mereka lari pulang ke kola Makkah. (al-Zuhaili)
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)