وَلَقَدْ صَدَقَكُمُ اللّٰهُ وَعْدَهٗٓ اِذْ تَحُسُّوْنَهُمْ بِاِذْنِهٖ ۚ حَتّٰىٓ اِذَا فَشِلْتُمْ وَتَنَازَعْتُمْ فِى الْاَمْرِ وَعَصَيْتُمْ مِّنْۢ بَعْدِ مَآ اَرٰىكُمْ مَّا تُحِبُّوْنَ ۗ مِنْكُمْ مَّنْ يُّرِيْدُ الدُّنْيَا وَمِنْكُمْ مَّنْ يُّرِيْدُ الْاٰخِرَةَ ۚ ثُمَّ صَرَفَكُمْ عَنْهُمْ لِيَبْتَلِيَكُمْ ۚ وَلَقَدْ عَفَا عَنْكُمْ ۗ وَاللّٰهُ ذُوْ فَضْلٍ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ 152
Dan sesungguhnya, Allah telah menepati janji-Nya ketika memberi pertolongan kepada kamu saat kamu berjaya membunuh orang kafir itu beramai-ramai dengan izin Allah. Akan tetapi apabila kamu berasa lemah, hilang semangat dan kamu berbalah sesama kamu, lalu melanggar perintah Rasulullah setelah Allah perlihatkan kepada kamu apa yang kamu sukai berupa kemenangan dan harta rampasan perang. Antara kamu ada yang berkehendak kepada keuntungan dunia, dan juga antara kamu ada yang berkehendak hanya kepada balasan akhirat. Lalu, Allah memalingkan kamu daripada berjuang menentang orang kafir bagi menguji keimanan dan kesabaran kamu. Dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kesalahan kamu. Dan ingatlah, Allah sentiasa melimpahkan kurniaan-Nya kepada golongan yang beriman