Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-153

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

۞ اِذْ تُصْعِدُوْنَ وَلَا تَلْوٗنَ عَلٰٓى اَحَدٍ وَّالرَّسُوْلُ يَدْعُوْكُمْ فِيْٓ اُخْرٰىكُمْ فَاَثَابَكُمْ غَمًّا ۢبِغَمٍّ لِّكَيْلَا تَحْزَنُوْا عَلٰى مَا فَاتَكُمْ وَلَا مَآ اَصَابَكُمْ ۗ وَاللّٰهُ خَبِيْرٌ ۢبِمَا تَعْمَلُوْنَ 153

lngatlah ketika kamu mendaki bukit melarikan diri tanpa menoleh kepada sesiapa pun, sedangkan Rasulullah yang masih berjuang bersama saki baki tentera Islam memanggil kamu agar terus berjuang, lalu Allah menimpakan ke atas kamu kesedihan demi kesedihan sebagai satu tarbiah agar kamu tidak bersedih hati ke atas kemenangan yang terlepas daripada kamu, dan keperitan yang menimpa kamu. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.

Tafsir Terjemahan

Ghammam dari segi bahasa bermaksud menutupi sesuatu. Dalam ayat 153, ia membawa maksud kesakitan, kesempitan dan kesedihan yang dirasai dalam dada akibat daripada kekalahan yang menimpa. (al-Zuhaili, lbn Asyur)
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)