Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-154

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

ثُمَّ اَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِّنْۢ بَعْدِ الْغَمِّ اَمَنَةً نُّعَاسًا يَّغْشٰى طَۤاىِٕفَةً مِّنْكُمْ ۙ وَطَۤاىِٕفَةٌ قَدْ اَهَمَّتْهُمْ اَنْفُسُهُمْ يَظُنُّوْنَ بِاللّٰهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ ۗ يَقُوْلُوْنَ هَلْ لَّنَا مِنَ الْاَمْرِ مِنْ شَيْءٍ ۗ قُلْ اِنَّ الْاَمْرَ كُلَّهٗ لِلّٰهِ ۗ يُخْفُوْنَ فِيْٓ اَنْفُسِهِمْ مَّا لَا يُبْدُوْنَ لَكَ ۗ يَقُوْلُوْنَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ الْاَمْرِ شَيْءٌ مَّا قُتِلْنَا هٰهُنَا ۗ قُلْ لَّوْ كُنْتُمْ فِيْ بُيُوْتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِيْنَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ اِلٰى مَضَاجِعِهِمْ ۚ وَلِيَبْتَلِيَ اللّٰهُ مَا فِيْ صُدُوْرِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِيْ قُلُوْبِكُمْ ۗ وَاللّٰهُ عَلِيْمٌ ۢبِذَاتِ الصُّدُوْرِ154

Kemudian setelah kesedihan itu Allah menurunkan perasaan aman tenteram berupa rasa mengantuk yang menyelubungi segolongan daripada kamu, sedangkan segolongan yang lain hanya mementingkan diri mereka sendiri dan bersangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, sama seperti sangkaan orang jahiliah. Mereka berkata, “Adakah sebenarnya kita mempunyai bahagian daripada kemenangan yang dijanjikan itu?” Katakanlah wahai Muhammad, “Sesungguhnya segala perkara pertolongan dan kemenangan itu adalah milik Allah semata-mata.” Mereka menyembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak zahirkan kepadamu. Mereka berkata sesama sendiri, “Kalaulah kita tidak keluar berperang di medan Uhud, nescaya tentulah orang kita tidak terbunuh di tempat ini.” Katakanlah wahai Muhammad, “Kalau kamu berada di rumah kamu jauh dari medan peperangan itu sekalipun, nescaya orang yang telah ditakdirkan Allah akan terbunuh tetap akan keluar juga ke tempat kematian mereka.” Segala yang berlaku ini adalah kerana Allah ingin menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan menyaring bersih hati kamu daripada sebarang sifat buruk. lngatlah bahawa Allah sentiasa mengetahui segala yang ada dalam dada makhluk.

Tafsir Terjemahan

AI-Zubair R A berkata: Ketika peperangan Uhud aku bersama-sama dengan Rasulullah SAW dalam keadaan ketakutan yang amat sangat. Lantas Allah SWT memberikan kami rasa mengantuk dan tidur. Tiada seorang pun kecuali dagunya terletak pada dadanya (tertidur). Demi Allah SWT, sungguh aku telah mendengar seolah-olah dalam mimpi kata-kata Mu'attib. bin Qusyair: Kalaulah kita ada sesuatu {hak untuk campur tangan) nescaya kita tidak akan terbunuh di sini. Beliau menghafal kata-kata tersebut. Dengan sebab itulah Allah SWT menurunkan ayat: (وْ كَانَ لَنَا مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ مَّا قُتِلْنَا هَاهُنَا) kerana kata-kata Mu'attib
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)