Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-156

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَكُوْنُوْا كَالَّذِيْنَ كَفَرُوْا وَقَالُوْا لِاِخْوَانِهِمْ اِذَا ضَرَبُوْا فِى الْاَرْضِ اَوْ كَانُوْا غُزًّى لَّوْ كَانُوْا عِنْدَنَا مَا مَاتُوْا وَمَا قُتِلُوْاۚ لِيَجْعَلَ اللّٰهُ ذٰلِكَ حَسْرَةً فِيْ قُلُوْبِهِمْ ۗ وَاللّٰهُ يُحْيٖ وَيُمِيْتُ ۗ وَاللّٰهُ بِمَا تَعْمَلُوْنَ بَصِيْرٌ156

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang kafir yang berkata mengenai saudara mereka yang mati semasa pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau semasa keluar berperang, “Kalaulah mereka tinggal bersama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh.” Demikianlah Allah menjadikan andaian mereka sebagai penyesalan dalam hati mereka pada setiap kematian yang menimpa. Dan ingatlah Allah yang Menghidupkan dan Mematikan, dan Allah sentiasa Melihat segala apa yang kamu lakukan.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)