Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-159

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّٰهِ لِنْتَ لَهُمْ ۚ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيْظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوْا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى الْاَمْرِۚ فَاِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ ۗ اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِيْنَ159

Dengan berkat rahmat Allah terhadapmu Muhammad, engkau bersikap lemah lembut terhadap sahabatmu, dan seandainya engkau bersikap kasar dan keras hati tentulah mereka menjauhkan diri daripadamu. Oleh kerana itu, maafkanlah kesalahan mereka; pohonlah keampunan buat mereka; dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam segala urusan keduniaan. Dan apabila engkau telah membulatkan tekad untuk melakukan sesuatu selepas bermesyuarat, maka laksanakanlah ia dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)