وَمَا كَانَ لِنَبِيٍّ اَنْ يَّغُلَّ ۗوَمَنْ يَّغْلُلْ يَأْتِ بِمَا غَلَّ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ ۚ ثُمَّ تُوَفّٰى كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُوْنَ161
Tidak mungkin bagi seorang nabi mengkhianati harta rampasan perang dengan mengambil apa yang bukan haknya, dan sesiapa yang mengkhianati harta rampasan perang, maka dia akan membawa harta yang dikhianati itu pada hari kiamat. Kemudian akan disempurnakan balasan setiap orang itu mengikut apa yang dikerjakannya dahulu tanpa dikurangkan walaupun sedikit.