Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-167

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَلِيَعْلَمَ الَّذِيْنَ نَافَقُوْا ۖوَقِيْلَ لَهُمْ تَعَالَوْا قَاتِلُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ اَوِ ادْفَعُوْا ۗ قَالُوْا لَوْ نَعْلَمُ قِتَالًا لَّاتَّبَعْنٰكُمْ ۗ هُمْ لِلْكُفْرِ يَوْمَىِٕذٍ اَقْرَبُ مِنْهُمْ لِلْاِيْمَانِ ۚ يَقُوْلُوْنَ بِاَفْوَاهِهِمْ مَّا لَيْسَ فِيْ قُلُوْبِهِمْ ۗ وَاللّٰهُ اَعْلَمُ بِمَا يَكْتُمُوْنَۚ167

Dan agar terzahir juga golongan munafik dalam kalangan kamu sewaktu dikatakan kepada mereka, “Marilah berperang pada jalan Allah atau pertahankanlah diri kamu.” Mereka menjawab, “Kalaulah kami tahu peperangan itu benar-benar berlaku, tentulah kami turut mengikut kamu berperang.” Saat itu, mereka lebih dekat kepada kekufuran berbanding keimanan mereka. Mereka selalu menyebut dengan mulut apa yang bukan dalam hati mereka. lngatlah bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang mereka sembunyikan.

Tafsir Terjemahan

Nafaqu bererti mereka yang bersifat munafik. Munafik membawa maksud seseorang yang manzahirkan Islam dan menyembunyikan kekufuran. (al-Jurjani)
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)