اَلَّذِيْنَ قَالُوْا لِاِخْوَانِهِمْ وَقَعَدُوْا لَوْ اَطَاعُوْنَا مَا قُتِلُوْا ۗ قُلْ فَادْرَءُوْا عَنْ اَنْفُسِكُمُ الْمَوْتَ اِنْ كُنْتُمْ صٰدِقِيْنَ 168
Mereka jugalah yang mengatakan mengenai perihal saudara mereka yang terbunuh di medan Uhud, sedangkan mereka sendiri tidak turut berperang, “Kalaulah mereka mendengar kata kami agar tidak berperang pasti mereka tidak akan terbunuh.” Katakanlah wahai Muhammad, “Jika begitu, cegahlah kematian daripada diri kamu, sekiranya kamu orang yang benar dalam dakwaan kamu.”