Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-172

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَلَّذِيْنَ اسْتَجَابُوْا لِلّٰهِ وَالرَّسُوْلِ مِنْۢ بَعْدِ مَآ اَصَابَهُمُ الْقَرْحُ ۖ لِلَّذِيْنَ اَحْسَنُوْا مِنْهُمْ وَاتَّقَوْا اَجْرٌ عَظِيْمٌۚ172

Merekalah golongan yang menjunjung perintah Allah dan Rasul Nya walaupun setelah mendapat kecederaan di medan perang Uhud. Maka, bagi orang yang berbuat kebaikan dan bertakwa dalam kalangan mereka pasti mendapat ganjaran yang besar.

Tafsir Terjemahan

Daripada lbn Abbas A.A berkata: Ketika Abu Sufyan dan tentera musyrikin pulang daripada peperangan Uhud dan sampai di al-Rauha', Rasulullah SAW mengajak kaum Muslimin keluar menghalang musuh. Kaum Muslimin keluar sehingga tiba di Hamra al-Asad atau di telaga Abu 'Uyainah. Abu Sufyan pernah berkata kepada Nabi SAW: Ketika pertemuan di peperangan Badar, kamu berjaya membunuh sahabat kami, orang pengecut akan pulang, manakala orang berani akan bersiap dengan persiapan berperang dan barang dagangan lantas datang ke tempatnya. Ketika mereka (kaum Muslimin) sampai, tidak dijumpai seorang pun, lalu Allah SWT menurunkan ayat-ayat ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)