لَقَدْ سَمِعَ اللّٰهُ قَوْلَ الَّذِيْنَ قَالُوْٓا اِنَّ اللّٰهَ فَقِيْرٌ وَّنَحْنُ اَغْنِيَاۤءُ ۘ سَنَكْتُبُ مَا قَالُوْا وَقَتْلَهُمُ الْاَنْۢبِيَاۤءَ بِغَيْرِ حَقٍّۙ وَّنَقُوْلُ ذُوْقُوْا عَذَابَ الْحَرِيْقِ 181
Sesungguhnya Allah telah mendengar kata-kata orang Yahudi ketika mereka berkata, “Sesungguhnya Allah itu miskin kerana meminta pinjaman daripada kami, manakala kami ialah orang yang kaya.” Kami akan mencatat kata-kata mereka, dan juga perbuatan mereka membunuh para nabi tanpa sebarang alasan yang benar, dan Kami akan katakan kepada mereka, “Rasakanlah kamu azab seksa yang sentiasa membakar.”