اَلَّذِيْنَ قَالُوْٓا اِنَّ اللّٰهَ عَهِدَ اِلَيْنَآ اَلَّا نُؤْمِنَ لِرَسُوْلٍ حَتّٰى يَأْتِيَنَا بِقُرْبَانٍ تَأْكُلُهُ النَّارُ ۗ قُلْ قَدْ جَاۤءَكُمْ رُسُلٌ مِّنْ قَبْلِيْ بِالْبَيِّنٰتِ وَبِالَّذِيْ قُلْتُمْ فَلِمَ قَتَلْتُمُوْهُمْ اِنْ كُنْتُمْ صٰدِقِيْنَ 183
Golongan Yahudi itulah yang berkata, “Sesungguhnya Allah telah memerintah kami agar kami tidak beriman kepada mana-mana rasul sehingga dia membawa kepada kami korban yang kemudiannya dimakan api dari langit.” Katakanlah kepada mereka Muhammad, “Sesungguhnya telah datang kepada kamu rasul-rasul sebelumku yang membawa bukti-bukti yang jelas termasuk korban yang kamu sebutkan tadi, akan tetapi mengapa kamu tetap juga membunuh mereka jika kamu sebenarnya berkata benar.”