Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-186

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

۞ لَتُبْلَوُنَّ فِيْٓ اَمْوَالِكُمْ وَاَنْفُسِكُمْۗ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِيْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِيْنَ اَشْرَكُوْٓا اَذًى كَثِيْرًا ۗ وَاِنْ تَصْبِرُوْا وَتَتَّقُوْا فَاِنَّ ذٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْاُمُوْرِ 186

Sesungguhnya kamu akan diuji pada harta benda kamu dan juga pada diri kamu sendiri. Kamu juga akan mendengar daripada mereka yang dikurniakan kitab sebelum kamu dan juga daripada orang musyrik pelbagai tuduhan dan cacian yang menyakitkan hati. Namun jika kamu tetap bersabar dan bertakwa, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya sikap itu adalah daripada perkara yang memerlukan kepada tekad keazaman yang kuat.

Tafsir Terjemahan

Daripada Ka'ab bin Malik R.A- salah seorang daripada tiga orang sahabat R.A yang diterima taubat mereka berkata: Ka'ab bin al-Asyraf selalu menghina Nabi SAW dan menyeru kuffar Quraisy melakukannya. Apabila Nabi SAW sampai di Madinah, penduduknya bercampur antara kaum Muslimin, golongan musyrik yang menyembah berhala dan Yahudi. Merekalah yang menyakiti Nabi SAW dan para sahabat RA. Maka ALLAH SWT memerintahkan Nabi-Nya untuk bersabar dan memaafkan, kepada mereka diturunkan ayat ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)