لَا تَحْسَبَنَّ الَّذِيْنَ يَفْرَحُوْنَ بِمَآ اَتَوْا وَّيُحِبُّوْنَ اَنْ يُّحْمَدُوْا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوْا فَلَا تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِّنَ الْعَذَابِۚ وَلَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ188
Jangan sekali-kali engkau menyangka wahai Muhammad, bahawa orang yang berasa gembira dengan kejahatan yang mereka lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan perbuatan baik yang mereka tidak lakukan. Maka, jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat daripada azab, bahkan bagi mereka azab seksa yang amat pedih