Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-195

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ اَنِّيْ لَآ اُضِيْعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِّنْكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ اَوْ اُنْثٰى ۚ بَعْضُكُمْ مِّنْۢ بَعْضٍ ۚ فَالَّذِيْنَ هَاجَرُوْا وَاُخْرِجُوْا مِنْ دِيَارِهِمْ وَاُوْذُوْا فِيْ سَبِيْلِيْ وَقٰتَلُوْا وَقُتِلُوْا لَاُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّاٰتِهِمْ وَلَاُدْخِلَنَّهُمْ جَنّٰتٍ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهٰرُۚ ثَوَابًا مِّنْ عِنْدِ اللّٰهِ ۗ وَاللّٰهُ عِنْدَهٗ حُسْنُ الثَّوَابِ 195

Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka dengan berfirman, “Sesungguhnya Aku tidak akan siasiakan amalan orang yang beramal dalam kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, kerana sebahagian kamu adalah keturunan daripada sebahagian yang lain. Maka golongan yang berhijrah, yang telah diusir dari tempat tinggal mereka, yang telah disakiti hanya kerana mereka mentaati-Ku, yang berperang dan yang dibunuh demi menegakkan agama-Ku, sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan Aku akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai sebagai ganjaran pahala dari sisi Allah. Dan ketahuilah di sisi Allah itu, terdapat sebaik-baik ganjaran.”

Tafsir Terjemahan

Daripada Abu Sa'id al-Khudri R.A berkata: Sekumpulan lelaki daripada kaum munafik, apabila Baginda keluar berperang, mereka tidak akan turut serta. Malah bergembira dan bertentangan dengan perintah Baginda. Sekembalinya Rasulullah SAW daripada peperangan, mereka datang dengan pelbagai alasan. Mereka selalu bersumpah dan amat suka dipuji terhadap sesuatu yang tidak mereka lakukan. Maka turun ayat Allah SWT ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)