وَاِنَّ مِنْ اَهْلِ الْكِتٰبِ لَمَنْ يُّؤْمِنُ بِاللّٰهِ وَمَآ اُنْزِلَ اِلَيْكُمْ وَمَآ اُنْزِلَ اِلَيْهِمْ خٰشِعِيْنَ لِلّٰهِ ۙ لَا يَشْتَرُوْنَ بِاٰيٰتِ اللّٰهِ ثَمَنًا قَلِيْلًا ۗ اُولٰۤىِٕكَ لَهُمْ اَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ ۗ اِنَّ اللّٰهَ سَرِيْعُ الْحِسَابِ 199
Dan sesungguhnya terdapat dalam kalangan ahli kitab itu, orang yang beriman kepada Allah, dan kepada alQuran yang diturunkan kepada kamu, dan apa yang telah diturunkan kepada mereka, sedang mereka juga sentiasa menundukkan diri kepada Allah. Mereka tidak memperdagangkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Maka golongan inilah yang beroleh ganjaran pahala di sisi Tuhan mereka. Ketahuilah, sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya.