Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-20

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

فَاِنْ حَاۤجُّوْكَ فَقُلْ اَسْلَمْتُ وَجْهِيَ لِلّٰهِ وَمَنِ اتَّبَعَنِ ۗوَقُلْ لِّلَّذِيْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ وَالْاُمِّيّٖنَ ءَاَسْلَمْتُمْ ۗ فَاِنْ اَسْلَمُوْا فَقَدِ اهْتَدَوْا ۚ وَاِنْ تَوَلَّوْا فَاِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلٰغُ ۗ وَاللّٰهُ بَصِيْرٌۢ بِالْعِبَادِ ࣖ20

Sekiranya mereka membantahmu wahai Muhammad maka katakanlah, “Aku berserah diri kepada Allah dan begitu juga pengikutku yang beriman.” Dan bertanyalah wahai Muhammad kepada golongan Yahudi dan Nasrani yang telah diberi kitab serta golongan ummiy Arab, “Adakah kamu telah memeluk Islam?” Sekiranya mereka telah memeluk Islam maka mereka sebenarnya telah beroleh petunjuk tetapi jika mereka berpaling enggan maka kewajipanmu hanyalah menyampaikan dakwah Islam itu. Dan Allah sentiasa melihat perbuatan sekalian hamba-Nya.

Tafsir Terjemahan

Perkataan ummiyyin adalah kata jamak bagi ummiy. Ummiy ialah tidak tahu menulis dan membaca kitab. Imam Quthrub berkata, ummiyyah ialah cuai dan jahil. Maka lafaz ummiy memiliki akar kata ummu yang bererti sedikit pengetahuan. Imam al-Farra' pula berkata ummiyyun ialah orang Arab yang tidak mempunyai kitab panduan. Dalam konteks ayat ini, . maksud ummiyyin ialah musyrikin Makkah. (al-Raghib al-Asfahani, al-Zuhaili)
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)