لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُوْنَ الْكٰفِرِيْنَ اَوْلِيَاۤءَ مِنْ دُوْنِ الْمُؤْمِنِيْنَۚ وَمَنْ يَّفْعَلْ ذٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللّٰهِ فِيْ شَيْءٍ اِلَّآ اَنْ تَتَّقُوْا مِنْهُمْ تُقٰىةً ۗ وَيُحَذِّرُكُمُ اللّٰهُ نَفْسَهٗ ۗ وَاِلَى اللّٰهِ الْمَصِيْرُ28
Janganlah kamu wahai orang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin atau sahabat setia yang dominan dengan meninggalkan orang yang beriman. Sesiapa yang melakukan larangan tersebut maka dia tidak akan mendapat perlindungan daripada Allah kecuali jika perbuatan tersebut bertujuan hendak melindungi keselamatan diri kamu daripada bahaya golongan kafir. Dan Allah memberi amaran supaya kamu takut kepada azab-Nya. Sesungguhnya hanya kepada Dia tempat kamu kembali.