Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-36

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ اِنِّيْ وَضَعْتُهَآ اُنْثٰىۗ وَاللّٰهُ اَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْۗ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْاُنْثٰى ۚ وَاِنِّيْ سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وَاِنِّيْٓ اُعِيْذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطٰنِ الرَّجِيْمِ36

Maka apabila isteri 'lmran melahirkan anak, dia berkata dalam keluhan dan kekesalan, “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan sedangkan aku berharap untuk mendapatkan anak lelaki.” Padahal Allah lebih mengetahui tentang kelebihan anak yang dilahirkan itu. Sesungguhnya anak lelaki dan perempuan adalah berbeza daripada segi kekuatan dan sifat mereka untuk beribadat. lsteri 'lmran berkata pula, “Dan sesungguhnya aku namakannya Maryam dan aku memohon perlindungan buat anakku dan zuriatnya daripada syaitan yang direjam.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)