Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-37

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُوْلٍ حَسَنٍ وَّاَنْۢبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنًاۖ وَّكَفَّلَهَا زَكَرِيَّا ۗ كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَۙ وَجَدَ عِنْدَهَا رِزْقًا ۚ قَالَ يٰمَرْيَمُ اَنّٰى لَكِ هٰذَا ۗ قَالَتْ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللّٰهِ ۗ اِنَّ اللّٰهَ يَرْزُقُ مَنْ يَّشَاۤءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ37

Maka Allah menerima Maryam seperti yang tel ah dinazarkan oleh ibunya dengan sebaik-baik penerimaan. Maryam dibesarkan dengan didikan yang baik dan diserahkan kepada Nabi Zakaria untuk dipelihara. Setiap kali Nabi Zakaria memasuki mihrab tempat Maryam beribadah, dia mendapati ada makanan di situ berupa buah-buahan yang luar biasa. Lalu Nabi Zakaria bertanya, “Wahai Maryam, dari mana kamu memperoleh rezeki ini?” Maryam menjawab, “Rezeki ini datang daripada Allah.” Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki tanpa batasan.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)