Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-38

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهٗ ۚ قَالَ رَبِّ هَبْ لِيْ مِنْ لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۚ اِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَاۤءِ38

Ketika di mihrab itulah Nabi Zakaria pun berdoa kepada Tuhannya dengan berkata, “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa hamba-Mu.”

Tafsir Terjemahan

Zuriat keturunan. Maksud asal kalimah zurriwah ialah anak-anak yang masih kecil walaupun I kadang-kadang kalimah ini juga digunakan juga untuk anak-anak yang sudah dewasa. la : boleh digunakan sebagai kata tunggal (mufrad) dan kata jamak dan asal perkataannya = adalah kata jamak. Dalam konteks ayat ini, ia bermaksud seorang anak. (Al-Raghib al-Asfahani, al-Zuhaili)
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)