Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-49

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَرَسُوْلًا اِلٰى بَنِيْٓ اِسْرَاۤءِيْلَ ەۙ اَنِّيْ قَدْ جِئْتُكُمْ بِاٰيَةٍ مِّنْ رَّبِّكُمْ ۙاَنِّيْٓ اَخْلُقُ لَكُمْ مِّنَ الطِّيْنِ كَهَيْـَٔةِ الطَّيْرِ فَاَنْفُخُ فِيْهِ فَيَكُوْنُ طَيْرًاۢ بِاِذْنِ اللّٰهِ ۚوَاُبْرِئُ الْاَكْمَهَ وَالْاَبْرَصَ وَاُحْيِ الْمَوْتٰى بِاِذْنِ اللّٰهِ ۚوَاُنَبِّئُكُمْ بِمَا تَأْكُلُوْنَ وَمَا تَدَّخِرُوْنَ ۙفِيْ بُيُوْتِكُمْ ۗاِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيَةً لَّكُمْ اِنْ كُنْتُمْ مُّؤْمِنِيْنَۚ49

Dan Allah melantik Nabi Isa sebagai seorang rasul kepada Bani Israel, lalu dia berkata, “Sesungguhnya aku datang kepadamu dengan membawa mukjizat daripada Tuhanmu iaitu aku boleh mencipta burung daripada tanah liat. Kemudian aku tiup tanah liat tersebut lalu jadilah burung dengan izin Allah. Aku juga boleh menyembuhkan orang yang buta sejak lahir dan orang yang berpenyakit kusta serta aku boleh menghidupkan semula orang yang telah mati dengan izin Allah. Aku juga boleh memberitahumu apa sahaja yang kamu makan termasuk apa yang kamu simpan di rumahmu. Sesungguhnya semua kebolehan itu adalah bukti kerasulanku sekiranya kamu ingin beriman.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)