Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-52

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

۞ فَلَمَّآ اَحَسَّ عِيْسٰى مِنْهُمُ الْكُفْرَ قَالَ مَنْ اَنْصَارِيْٓ اِلَى اللّٰهِ ۗ قَالَ الْحَوَارِيُّوْنَ نَحْنُ اَنْصَارُ اللّٰهِ ۚ اٰمَنَّا بِاللّٰهِ ۚ وَاشْهَدْ بِاَنَّا مُسْلِمُوْنَ52

Ketika Nabi Isa merasakan ada dalam kalangan Bani Israel yang kufur, Baginda bertanya, “Siapakah yang akan menjadi penolongku untuk menegakkan agama Allah?” Golongan Hawariyyun menjawab, “Kamilah penolong agama Allah. Kami beriman kepada Allah dengan mengikutmu. Saksikanlah wahai Nabi Isa, sesungguhnya kami berserah diri kepada Allah.”

Tafsir Terjemahan

Maksudnya: penolong-penolong. Mereka ialah orang yang menolong Nabi Isa A.S. Sebahagian berpendapat bahawa mereka disebut sebagai القصارين iaitu orang yang memutihkan pakaian. Terdapat juga sebahagian yang berpendapat bahawa mereka ialah · pemburu. Sebahagian ulama mengatakan bahawa penamaan mereka dengan hawariyyun · kerana mereka membersihkan jiwa manusia dengan cara mengajar agama dan ilmu. Dalam konteks ayat ini, hawariyyun ialah sahabat-sahabat Nabi Isa A.S yang menolong Baginda (al-Zuhaili, al-Raghib al-Asfahani)
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)