Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-61

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

فَمَنْ حَاۤجَّكَ فِيْهِ مِنْۢ بَعْدِ مَا جَاۤءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ اَبْنَاۤءَنَا وَاَبْنَاۤءَكُمْ وَنِسَاۤءَنَا وَنِسَاۤءَكُمْ وَاَنْفُسَنَا وَاَنْفُسَكُمْۗ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَّعْنَتَ اللّٰهِ عَلَى الْكٰذِبِيْنَ61

Jika sesiapa mengingkarimu wahai Muhammad tentang kisah Nabi Isa setelah engkau mendapat pengetahuan yang sebenar tentangnya maka katakanlah kepada mereka, “Marilah bersama-sama menyeru anak-anak kami, anak-anak kamu, isteri-isteri kami, isteri-isteri kamu dan diri kami termasuk diri kamu, kemudian kita sama-sama berkumpul dan bermubahalah dengan berdoa kepada Allah supaya Allah melaknat orang yang berdusta.”

Tafsir Terjemahan

Maksudnya: “Kita bermubahalah.” Mubahalah daripada perkataan lbtihal ابتهال. lbtihal dalam doa bermakna pembebasan daripada kekangan dunia dan menampakkan ketundukan dan kerendahan di hadapan Allah. Sebahagian ulama memberi maksud dengan makna saling melaknat kerana pembebasan di sini adalah untuk saling melaknat. Dalam konteks ayat ini, mubahalah ialah saling melaknat. (al-Zuhaili, al-Raghib al-Asfahani)
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)