Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-65

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَهْلَ الْكِتٰبِ لِمَ تُحَاۤجُّوْنَ فِيْٓ اِبْرٰهِيْمَ وَمَآ اُنْزِلَتِ التَّوْرٰىةُ وَالْاِنْجِيْلُ اِلَّا مِنْۢ بَعْدِهٖۗ اَفَلَا تَعْقِلُوْنَ65

Wahai ahli kitab! Mengapa kamu berani bertikam lidah tentang Nabi Ibrahim dan agamanya sedangkan Taurat dan lnjil diturunkan selepas kewafatan Baginda? Adakah kamu tidak berfikir tentang perkara ini?

Tafsir Terjemahan

Daripada lbn Abbas R.A berkata: Golongan Nasrani Najran dan pendita Yahudi berkumpul bersama-sama Rasulullah SAW dan bertelagah di sisi Baginda. Para pendita Yahudi berkata: Nabi Ibrahim beragama Yahudi. Golongan Nasrani pula berkata: Tidaklah Nabi Ibrahim kecuali beragama Nasrani. Maka Allah SWT menurunkan ayat ini berkenaan dengan mereka
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)