Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-7

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

هُوَ الَّذِيْٓ اَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتٰبَ مِنْهُ اٰيٰتٌ مُّحْكَمٰتٌ هُنَّ اُمُّ الْكِتٰبِ وَاُخَرُ مُتَشٰبِهٰتٌ ۗ فَاَمَّا الَّذِيْنَ فِيْ قُلُوْبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُوْنَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاۤءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاۤءَ تَأْوِيْلِهٖۚ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيْلَهٗٓ اِلَّا اللّٰهُ ۘوَالرَّاسِخُوْنَ فِى الْعِلْمِ يَقُوْلُوْنَ اٰمَنَّا بِهٖۙ كُلٌّ مِّنْ عِنْدِ رَبِّنَا ۚ وَمَا يَذَّكَّرُ اِلَّآ اُولُوا الْاَلْبَابِ7

Dia yang telah menurunkan kepadamu wahai Muhammad Kitab al-Quran. Sebahagian besar daripadanya adalah ayat-ayat Muhkamat yang jelas maknanya yang merupakan asal dan tiang kepada isi al-Quran. Sebahagian yang lain pula adalah ayat-ayat Mutasyabihat yang samar-samar maksudnya. Adapun golongan yang dalam hatinya terdapat kecenderungan ke arah kesesatan, mereka sentiasa mengambil ayat-ayat al-Quran yang maksudnya kurang jelas untuk menimbulkan fitnah dan juga untuk mentafsirkannya mengikut hawa nafsu mereka. Padahal tiada yang mengetahui tafsiran ayat-ayat tersebut melainkan Allah dan orang yang mendalam ilmunya berkata, “Kami beriman kepada al-Quran, semua ayat itu datang daripada sisi T uhan kami.” Tiada siapa yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan daripada al-Quran melainkan orang yang mempunyai aka! yang sejahtera.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)