Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-75

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

۞ وَمِنْ اَهْلِ الْكِتٰبِ مَنْ اِنْ تَأْمَنْهُ بِقِنْطَارٍ يُّؤَدِّهٖٓ اِلَيْكَۚ وَمِنْهُمْ مَّنْ اِنْ تَأْمَنْهُ بِدِيْنَارٍ لَّا يُؤَدِّهٖٓ اِلَيْكَ اِلَّا مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَاۤىِٕمًا ۗ ذٰلِكَ بِاَنَّهُمْ قَالُوْا لَيْسَ عَلَيْنَا فِى الْاُمِّيّٖنَ سَبِيْلٌۚ وَيَقُوْلُوْنَ عَلَى اللّٰهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ 75

Ada dalam kalangan ahli kitab itu, sekiranya engkau mengamanahkan harta yang banyak kepadanya, dia akan kembalikan harta tersebut kepadamu dalam keadaan sempurna, dan ada juga dalam kalangan mereka jika engkau mengamanahkannya untuk menyimpan satu dinar sekali pun iaitu harta yang sedikit, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu kecuali jika engkau selalu menuntut untuk dikembalikan. Hal ini kerana mereka mengatakan, “Kami tidak berdosa terhadap golongan ummiy Arab kerana Allah mengharuskannya untuk kami.” Mereka mengatakan perkara dusta terhadap Allah sedangkan mereka mengetahui tentangnya.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)