اِنَّ الَّذِيْنَ يَشْتَرُوْنَ بِعَهْدِ اللّٰهِ وَاَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيْلًا اُولٰۤىِٕكَ لَا خَلَاقَ لَهُمْ فِى الْاٰخِرَةِ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللّٰهُ وَلَا يَنْظُرُ اِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ وَلَا يُزَكِّيْهِمْ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ 77
Sesungguhnya golongan yang memperdagangkan janji Allah dan sumpah mereka dengan harga murah daripada perkara dunia maka mereka tidak akan beroleh sebarang bahagian yang baik di akhirat. Allah tidak akan berbicara dengan mereka dengan kata-kata yang baik, bahkan tidak akan memandang langsung kepada mereka dengan pandangan rahmat pada hari kiamat. Allah juga tidak akan menyucikan dosa-dosa mereka. Golongan ini akan mendapat azab seksa yang amat pedih.