Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-79

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

مَا كَانَ لِبَشَرٍ اَنْ يُّؤْتِيَهُ اللّٰهُ الْكِتٰبَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُوْلَ لِلنَّاسِ كُوْنُوْا عِبَادًا لِّيْ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ وَلٰكِنْ كُوْنُوْا رَبَّانِيّٖنَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُوْنَ الْكِتٰبَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُوْنَ ۙ79

Tidak mungkin bagi seseorang yang diberikan kitab, dikurniakan ilmu kefahaman dan dipilih sebagai nabi oleh Allah, lalu dia tergamak mengatakan, “Jadilah kamu semua penyembahku dengan meninggalkan penyembahan Allah.” Sepatutnya dia berkata, “Hendaklah kamu semua menjadi ulama yang beramal dengan perintah Allah kerana kamu telah mengajar Kitab Taurat dan juga mempelajarinya.”

Tafsir Terjemahan

Daripada lbn Abbas R.A berkata: Abu Rafi' al-Qurazi berkata: Wahai Muhammad, adakah kamu mahu kami menyembahmu, seperti Nasrani menyembah Isa bin Maryam? AI-Ribbis daripada kelompok Nasrani penduduk Najran pula berkata: Begitukah yang kamu mahu wahai Muhammad, itukah yang kamu dakwahkan? Rasulullah SAW bersabda: “Kami berlindung dengan Allah daripada menyembah selain Allah, atau kami mengajak kepada penyembahan selain-Nya! Bukan begitu aku diutuskan dan diperintahkan.” Kemudian Allah SWT menurunkan ayat 79 hingga 80 ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)