Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-81

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاِذْ اَخَذَ اللّٰهُ مِيْثَاقَ النَّبِيّٖنَ لَمَآ اٰتَيْتُكُمْ مِّنْ كِتٰبٍ وَّحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاۤءَكُمْ رَسُوْلٌ مُّصَدِّقٌ لِّمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهٖ وَلَتَنْصُرُنَّهٗ ۗ قَالَ ءَاَقْرَرْتُمْ وَاَخَذْتُمْ عَلٰى ذٰلِكُمْ اِصْرِيْ ۗ قَالُوْٓا اَقْرَرْنَا ۗ قَالَ فَاشْهَدُوْا وَاَنَا۠ مَعَكُمْ مِّنَ الشّٰهِدِيْنَ81

Dan ingatlah ketika Allah mengambil perjanjian setia daripada para nabi lalu berfirman kepada mereka, “Sesungguhnya apa jua kitab dan hikmah kebijaksanaan yang diturunkan kepadamu, kemudian datang seorang rasul membenarkan apa yang ada bersamamu maka hendaklah kamu beriman dengan sebenar-benar kepadanya dan bersungguh-sungguh membantunya.” Kemudian Allah berfirman kepada mereka, “Adakah kamu setuju dan menerima perjanjian yang berat ini?” Para nabi itu membalas, “Kami berikrar dan menerimanya.” Allah berfirman lagi, “Jika demikian, bersaksilah wahai para nabi dan Aku juga menjadi saksi bersama kamu.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)