۞ كُلُّ الطَّعَامِ كَانَ حِلًّا لِّبَنِيْٓ اِسْرَاۤءِيْلَ اِلَّا مَا حَرَّمَ اِسْرَاۤءِيْلُ عَلٰى نَفْسِهٖ مِنْ قَبْلِ اَنْ تُنَزَّلَ التَّوْرٰىةُ ۗ قُلْ فَأْتُوْا بِالتَّوْرٰىةِ فَاتْلُوْهَآ اِنْ كُنْتُمْ صٰدِقِيْنَ 93
Segala jenis makanan pada asalnya adalah halal bagi Bani Israel, kecuali makanan yang diharamkan oleh Nabi Yaakub ke atas dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah wahai Muhammad, “Jika benar pengharaman itu berlaku dalam Kitab Taurat, maka kamu bawalah Kitab Taurat itu kemudian bacalah ia, kalau betul kamu orang yang benar.”