اِنَّ اَوَّلَ بَيْتٍ وُّضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِيْ بِبَكَّةَ مُبٰرَكًا وَّهُدًى لِّلْعٰلَمِيْنَۚ96
Sesungguhnya rumah ibadah yang pertama dibina untuk manusia ialah Baitullah yang terletak di Makkah. Baitullah itu penuh dengan keberkatan dan merupakan sumber hidayah bagi seluruh alam.