وَمِنْ اٰيٰتِهٖٓ اَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِّنْ اَنْفُسِكُمْ اَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوْٓا اِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَّوَدَّةً وَّرَحْمَةً ۗاِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيٰتٍ لِّقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ21
Dan antara bukti kekuasaan-Nya juga ialah, Dia menciptakan isteri-isteri untuk kamu, daripada golongan kamu sendiri agar kamu merasai ketenangan bersamanya. Dia juga menjadikan antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sungguh, pada penciptaan ini ada bukti-bukti kebesaran Allah bagi orang yang berfikir.