Tafsir Surah

33Al-Ahzab - الاحزاب

Ayat ke-35

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اِنَّ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمٰتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنٰتِ وَالْقٰنِتِيْنَ وَالْقٰنِتٰتِ وَالصّٰدِقِيْنَ وَالصّٰدِقٰتِ وَالصّٰبِرِيْنَ وَالصّٰبِرٰتِ وَالْخٰشِعِيْنَ وَالْخٰشِعٰتِ وَالْمُتَصَدِّقِيْنَ وَالْمُتَصَدِّقٰتِ وَالصَّاۤىِٕمِيْنَ وَالصّٰۤىِٕمٰتِ وَالْحٰفِظِيْنَ فُرُوْجَهُمْ وَالْحٰفِظٰتِ وَالذَّاكِرِيْنَ اللّٰهَ كَثِيْرًا وَّالذَّاكِرٰتِ اَعَدَّ اللّٰهُ لَهُمْ مَّغْفِرَةً وَّاَجْرًا عَظِيْمًا 35

Sesungguhnya lelaki muslim dan perempuan muslimah, lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman, lelaki yang taat dan perempuan yang taat, lelaki yang bercakap benar dan perempuan yang bercakap benar; lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar; lelaki yang tunduk takut kepada Allah dan perempuan yang tunduk takut kepada Allah, lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, lelaki yang memelihara kehormatannya dan perempuan yang memelihara kehormatannya serta lelaki yang banyak menyebut nama Allah dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah; Allah telah menyediakan untuk mereka semua keampunan dan pahala yang besar.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)