Tafsir Surah

33Al-Ahzab - الاحزاب

Ayat ke-37

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاِذْ تَقُوْلُ لِلَّذِيْٓ اَنْعَمَ اللّٰهُ عَلَيْهِ وَاَنْعَمْتَ عَلَيْهِ اَمْسِكْ عَلَيْكَ زَوْجَكَ وَاتَّقِ اللّٰهَ وَتُخْفِيْ فِيْ نَفْسِكَ مَا اللّٰهُ مُبْدِيْهِ وَتَخْشَى النَّاسَۚ وَاللّٰهُ اَحَقُّ اَنْ تَخْشٰىهُ ۗ فَلَمَّا قَضٰى زَيْدٌ مِّنْهَا وَطَرًاۗ زَوَّجْنٰكَهَا لِكَيْ لَا يَكُوْنَ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ حَرَجٌ فِيْٓ اَزْوَاجِ اَدْعِيَاۤىِٕهِمْ اِذَا قَضَوْا مِنْهُنَّ وَطَرًاۗ وَكَانَ اَمْرُ اللّٰهِ مَفْعُوْلًا 37

Dan ingatlah wahai Muhammad ketika kamu berkata kepada seseorang yang telah dikurniakan nikmat Islam oleh Allah iaitu Zaid bin Harithah dan kamu juga telah berbuat baik kepadanya dengan memerdekakannya, “Jangan ceraikan isterimu itu dan bertakwalah kepada Allah!,” sedangkan kamu menyembunyikan sesuatu dalam hatimu dan akan didedahkan oleh Allah. Kamu berbuat demikian kerana takut kepada manusia, sedangkan Allah itulah yang lebih berhak kamu takuti. Dan apabila Zaid telah menyelesaikan keperluannya terhadap isterinya dengan menceraikannya, Kami kahwinkan kamu dengan bekas isterinya itu supaya tiada keberatan bagi orang yang beriman untuk mengahwini isteri kepada anak angkat mereka apabila mereka telah menyelesaikan keperluan mereka terhadap isteri mereka lalu menceraikannya, dan ketetapan Allah itu pasti akan berlaku.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)