ۨالَّذِيْنَ يُبَلِّغُوْنَ رِسٰلٰتِ اللّٰهِ وَيَخْشَوْنَهٗ وَلَا يَخْشَوْنَ اَحَدًا اِلَّا اللّٰهَ ۗوَكَفٰى بِاللّٰهِ حَسِيْبًا 39
Para nabi yang terdahulu ialah mereka yang menyampaikan risalah Allah; mereka takut kepada-Nya dan tidak pula takut kepada sesiapa pun melainkan hanya kepada Allah, dan cukuplah Allah sebagai yang Maha Penghitung.