Tafsir Surah

33Al-Ahzab - الاحزاب

Ayat ke-50

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا النَّبِيُّ اِنَّآ اَحْلَلْنَا لَكَ اَزْوَاجَكَ الّٰتِيْٓ اٰتَيْتَ اُجُوْرَهُنَّ وَمَا مَلَكَتْ يَمِيْنُكَ مِمَّآ اَفَاۤءَ اللّٰهُ عَلَيْكَ وَبَنٰتِ عَمِّكَ وَبَنٰتِ عَمّٰتِكَ وَبَنٰتِ خَالِكَ وَبَنٰتِ خٰلٰتِكَ الّٰتِيْ هَاجَرْنَ مَعَكَۗ وَامْرَاَةً مُّؤْمِنَةً اِنْ وَّهَبَتْ نَفْسَهَا لِلنَّبِيِّ اِنْ اَرَادَ النَّبِيُّ اَنْ يَّسْتَنْكِحَهَا خَالِصَةً لَّكَ مِنْ دُوْنِ الْمُؤْمِنِيْنَۗ قَدْ عَلِمْنَا مَا فَرَضْنَا عَلَيْهِمْ فِيْٓ اَزْوَاجِهِمْ وَمَا مَلَكَتْ اَيْمَانُهُمْ لِكَيْلَا يَكُوْنَ عَلَيْكَ حَرَجٌۗ وَكَانَ اللّٰهُ غَفُوْرًا رَّحِيْمًا 50

Wahai Nabi! Sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isterimu yang kamu telah berikan mas kahwinnya; dan hamba perempuan yang kamu miliki daripada tawanan perang yang telah Allah kurniakan kepadamu. Kami juga halalkan bagimu untuk menikahi anak perempuan kepada bapa saudara kamu dari sebelah bapa; anak perempuan kepada ibu saudara kamu dari sebelah bapa, anak perempuan kepada bapa saudara kamu dari sebelah ibu, anak perempuan kepada ibu saudara kamu dari sebelah ibu yang mana mereka telah berhijrah bersama-sama kamu. Kami juga halalkan bagimu untuk menikahi mana-mana perempuan beriman yang menawarkan dirinya kepada Nabi untuk dinikahi tanpa mas kahwin sekiranya Nabi ingin mengahwininya, dan hukum ini adalah khusus untukmu sahaja dan bukan untuk orang beriman yang lain. Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang Kami telah wajibkan ke atas mereka yang beriman mengenai isteri mereka dan hamba perempuan yang mereka miliki supaya tidak menimbulkan kesulitan kepadamu, dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)