Tafsir Surah

33Al-Ahzab - الاحزاب

Ayat ke-53

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَدْخُلُوْا بُيُوْتَ النَّبِيِّ اِلَّآ اَنْ يُّؤْذَنَ لَكُمْ اِلٰى طَعَامٍ غَيْرَ نٰظِرِيْنَ اِنٰىهُ وَلٰكِنْ اِذَا دُعِيْتُمْ فَادْخُلُوْا فَاِذَا طَعِمْتُمْ فَانْتَشِرُوْا وَلَا مُسْتَأْنِسِيْنَ لِحَدِيْثٍۗ اِنَّ ذٰلِكُمْ كَانَ يُؤْذِى النَّبِيَّ فَيَسْتَحْيٖ مِنْكُمْ ۖوَاللّٰهُ لَا يَسْتَحْيٖ مِنَ الْحَقِّۗ وَاِذَا سَاَلْتُمُوْهُنَّ مَتَاعًا فَاسْـَٔلُوْهُنَّ مِنْ وَّرَاۤءِ حِجَابٍۗ ذٰلِكُمْ اَطْهَرُ لِقُلُوْبِكُمْ وَقُلُوْبِهِنَّۗ وَمَا كَانَ لَكُمْ اَنْ تُؤْذُوْا رَسُوْلَ اللّٰهِ وَلَآ اَنْ تَنْكِحُوْٓا اَزْوَاجَهٗ مِنْۢ بَعْدِهٖٓ اَبَدًاۗ اِنَّ ذٰلِكُمْ كَانَ عِنْدَ اللّٰهِ عَظِيْمًا 53

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu masuk ke rumah-rumah nabi kecuali apabila kamu dijemput untuk menghadiri jamuan tanpa menunggu-nunggu masa sajiannya. Tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah, dan apabila kamu selesai makan, maka hendaklah kamu bersurai dan janganlah kamu duduk leka dalam perbualan, kerana sesungguhnya yang demikian itu akan mengganggu Nabi sehingga Baginda malu untuk menyatakan perkara ini kepada kamu, tetapi Allah tidak malu menerangkan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu keperluan daripada isteri-isteri Nabi, maka pintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian adalah lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasulullah dan kamu juga tidak dibenarkan untuk berkahwin dengan isteri-isteri Baginda selepas kewafatannya buat selama-lamanya. Sesungguhnya perbuatan yang demikian adalah merupakan dosa yang besar di sisi Allah.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)