وَلَا تَنْفَعُ الشَّفَاعَةُ عِنْدَهٗٓ اِلَّا لِمَنْ اَذِنَ لَهٗ ۗحَتّٰىٓ اِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوْبِهِمْ قَالُوْا مَاذَاۙ قَالَ رَبُّكُمْۗ قَالُوا الْحَقَّۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيْرُ 23
Dan sesuatu syafaat itu tidak berguna di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan-Nya. Mereka yang mengharapkan syafaat itu menunggu dalam ketakutan sehingga diberi keizinan oleh Allah lalu apabila ketakutan itu telah dihilangkan daripada hati mereka, barulah mereka bertanya, “Apakah yang telah dititahkan Tuhan kamu?” Jawab para malaikat, “Tuhan telah menitahkan kebenaran.” Dan Dialah yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.