وَقَالَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا لَا تَأْتِيْنَا السَّاعَةُ ۗقُلْ بَلٰى وَرَبِّيْ لَتَأْتِيَنَّكُمْۙ عٰلِمِ الْغَيْبِۙ لَا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِى السَّمٰوٰتِ وَلَا فِى الْاَرْضِ وَلَآ اَصْغَرُ مِنْ ذٰلِكَ وَلَآ اَكْبَرُ اِلَّا فِيْ كِتٰبٍ مُّبِيْنٍۙ 3
Orang kafir berkata, “Hari kiamat itu tidak akan datang kepada kami.” Katakanlah wahai Muhammad. “Bahkan! Demi T uhanku yang mengetahui segala perkara yang ghaib, ia pasti akan datang kepada kamu.” Tidak tersembunyi daripada pengetahuan Allah setiap apa yang ada di langit dan di bumi walaupun sebesar zarah, dan tiada sesuatu pun yang lebih kecil daripadanya mahupun yang lebih besar melainkan semuanya tertulis dalam kitab yang nyata.