وَكَذَّبَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْۙ وَمَا بَلَغُوْا مِعْشَارَ مَآ اٰتَيْنٰهُمْ فَكَذَّبُوْا رُسُلِيْۗ فَكَيْفَ كَانَ نَكِيْرِ ࣖ45
Umat yang terdahulu daripada mereka juga telah mendustakan para rasul, sedangkan mereka yang mendustakanmu itu tidak mencapai satu per sepuluh daripada apa yang Kami telah kurniakan umat yang terdahulu itu. Umat itu telah mendustakan para rasul-Ku, lalu mereka pun dibinasakan. Maka lihatlah bagaimana dahsyatnya kemurkaan-Ku.