وَمَا يَسْتَوِى الْبَحْرٰنِۖ هٰذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ سَاۤىِٕغٌ شَرَابُهٗ وَهٰذَا مِلْحٌ اُجَاجٌۗ وَمِنْ كُلٍّ تَأْكُلُوْنَ لَحْمًا طَرِيًّا وَّتَسْتَخْرِجُوْنَ حِلْيَةً تَلْبَسُوْنَهَا ۚوَتَرَى الْفُلْكَ فِيْهِ مَوَاخِرَ لِتَبْتَغُوْا مِنْ فَضْلِهٖ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ 12
Tidak sama keadaan dua lautan; yang satunya tawar, menghilangkan dahaga dan sedap diminum, sementara yang satu lagi masin dan pahit. Daripada setiap lautan itu kamu dapat makan daging yang segar dan mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu pakainya. Kamu juga dapat melihat kapal-kapal yang berlayar membelah lautan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada kurniaan-Nya dan supaya kamu bersyukur.