يُوْلِجُ الَّيْلَ فِى النَّهَارِ وَيُوْلِجُ النَّهَارَ فِى الَّيْلِۚ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَّجْرِيْ لِاَجَلٍ مُّسَمًّىۗ ذٰلِكُمُ اللّٰهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُۗ وَالَّذِيْنَ تَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِهٖ مَا يَمْلِكُوْنَ مِنْ قِطْمِيْرٍۗ 13
Dia yang memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam secara silih berganti. Dia juga memudahkan peredaran matahari dan bulan; masing-masing beredar sehingga satu masa yang telah ditetapkan. Semua itu diciptakan oleh Allah, Tuhan kamu yang memiliki kerajaan, manakala mereka yang kamu sembah selain daripada Allah, tidak memiliki apa-apa walaupun senipis selaput biji kurma.